Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Isu Kuil: Tindakan MB Berlandas Undang-Undang

560
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Isu Kuil: Tindakan MB Berlandas Undang-Undang

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah yang merobohkan struktur atas tanah merupakan isu undang-undang dan bukan disebabkan faktor perkauman.

Ketegasan Kerajaan Negeri Kedah mengurus perkara ini adalah mengikut undang-undang dan prosedur. Kerajaan Negeri telah memberikan notis sebanyak beberapa kali sejak ditadbir oleh YB Mukhriz Mahathir, Menteri Besar sebelum ini lagi.

Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, menjadi kesalahan membina bangunan secara haram dan sesuka hati dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Adapun mengenai tuduhan melulu Presiden MIC ke atas pentadbiran Menteri Besar Kedah dilihat sebagai satu telahan dangkal dan tidak sepatutnya melabel PAS sedemikian.

Apatah lagi dalam semangat perpaduan dan berdasarkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), PAS komited membawa perdamaian, perpaduan dan keharmonian menerusi saling menghormati serta menjunjung undang-undang.

Perbincangan lebih tuntas sentiasa tersedia dan Menteri Besar Kedah amat terbuka dalam perkara ini.

PAS mengingatkan semua pihak supaya akur dengan keputusan kerajaan negeri Kedah yang mengikut lunas perundangan dan bukan mendiskriminasi mana-mana pihak. Elakkan daripada berlakunya putar belit fakta yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
7 Disember 2020 | 21 Rabiul Akhir 1442