Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 1 kes positif baharu

438
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 7 Dis : Satu kes positif baharu dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu kes tersebut dikesan di Mukim Tanjung Minyak Daerah Melaka Tengah daripada kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat keluarga daripada kes import B (Selangor) berumur 59 tahun.

Tambah laporan itu lagi sebanyak 15 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan tiada kes rawatan ICU, sementara dua kes sembuh dilaporkan untuk hari ini.

Laporan itu juga menyatakan enam mukim masih dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Masjid Tanah (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bukit Piatu (3 kes), Klebang Kechil (1 kes), Tanjung Minyak (5 kes), dan Selandar (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1600 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Negeri Sembilan mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 541 kes diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 426 kes.

Laporan itu juga menyebut semua negeri atau wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Terengganu, Putrajaya dan Perlis.