Home Berita PAS Sabah

YB Dr. Aliakbar agih 120 bakul makanan di Kg Sg Gajah

527
SHARE

Oleh : Nurul Ain Nordin
7 Disember 2020

Semporna : ADUN (dilantik) Sabah, YB Dr. Aliakbar Gulasan bersama PAS Kawasan Semporna telah mengagihkan sebanyak 120 bakul makanan kepada penduduk Kampung Sungai Gajah di sini, semalam.

Dalam majlis tersebut YB Dr Aliakbar telah memulakan ucapannya dengan memperkenalkan PAS kepada penduduk yang hadir.

Menurut YB Dr Aliakhbar, PAS berada di Sabah sejak tahun 1986 dengan menyediakan institusi pendidikan iaitu PASTI.

Menurut beliau lagi, tujuan PASTI ditubuhkan adalah untuk menjadikan masyarakat lebih berakal dengan mengenali Allah SWT.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Semporna, Huzaini Rohan serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Semporna.