Oleh : Najah Izzati
KANGAR : Prihatin dengan isu kenaikan kos sara hidup serta kenaikan harga minyak, PAS Kawasan Kangar telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Pengisian Minyak Motor Percuma pada 23 Disember yang lalu.
Program yang diadakan di beberapa buah stesen minyak sekitar bandar Kangar itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kira-kira 500 buah motosikal telah berpeluang mengisi minyak secara percuma pada hari berkenaan.
Menurut penganjur, sejumlah RM 2500 telah diperuntukkan bagi menjayakan program berkenaan.
Selain bandar Kangar, program pengisian minyak petrol secara percuma ini akan diadakan di DUN-DUN lain dalam Parlimen Kangar iaitu Bintong, Kuala Perlis, Sena dan Kayang pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan nanti.