Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Kenyataan Media: Solidariti Mangsa Bencana Negeri Kedah

28
SHARE

Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir kilat dan fenomena kepala air di daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah Darul Aman yang terjadi petang semalam.

Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, Kerajaan Negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM 50,000 melalui Tabung Serambi Mekah kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai bantuan bencana tersebut yang berlaku disaat penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi.

Semoga usaha-usaha pasukan penyelamat dipermudah dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat. Sama-sama kita doakan agar mangsa yang hilang ditemui dan usaha pemulihan di kawasan yang terjejas dapat dilaksanakan sebaiknya.

Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
10 Muharam 1443H I 19 Ogos 2021