Home Berita PAS Kelantan

IBubapa perlu peka dengan aktiviti anak-anak – YB Ustaz Wan Roslan

29
SHARE


PENGKALAN KUBOR, 28 September: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat hadir merasmikan Program Keluarga Ku Kebahagian Ku di Dewan Imtiyaz, Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, semalam.

Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tumpat itu dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri daripada ibubapa.

Dalam ucapannya, YB Ustaz Wan Roslan mengingatkan ibubapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah.

“Sebagai ibubapa kita hendaklah sentiasa peka dengan aktiviti anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan dan memastikan mereka ke mana ketika keluar rumah,” katanya yang juga selaku Exco Belia, Sukan dan NGO.

Program diisi dengan ceramah iaitu sesi pertama oleh Ketua AADK Daerah Tumpat, Makhtar Muhamed dan sesi kedua oleh Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Kelantan, Nurul Aida Abd Ghani.

Program ini adalah usaha awal daripada AADK Daerah Tumpat dalam usaha mencegah anak-anak daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah.