Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Husam Musa Mula Cari Publisiti

1,824 views
SHARE

Sekali Serban Dililit. 104
23 Jamadil Awwal 1440 | 29 Januari 2019

HUSAM MUSA MULA CARI PUBLISITI

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit


1. Selepas banyak cadangan YB Senator Husam Musa tidak dipedulikan kerajaan, antaranya sumbu jimat minyak, penubuhan Majlis Tindakan dan Pembangunan Negeri Kelantan dan teknologi perubatan ganja, kini beliau cuba mencari publisiti baru dengan menyerang kerjasama politik PAS dan UMNO yang dilihat membuahkan hasil di PRK Cameron Highlands.

2. Kerjasama politik PAS dan UMNO bermula selepas PRU Ke-14. Kerjasama terjalin disebabkan kelemahan besar Pakatan Harapan mengemudi negara termasuk gagal melunaskan janji manifesto yang ditaburkan kepada rakyat.

3. Banyak penipuan dan pengkhianatan yang berlaku. Oleh sebab itu, satu koalisi pembangkang yang kuat perlu ditampilkan bagi mengimbangi kemaruk kuasa PH.

4. Kerjasama kedua-dua parti juga terpaksa dilakukan ekoran pengaruh DAP cukup besar dalam PH sehingga membawa agenda yang merugikan Islam dan umat Islam di Malaysia.

5. Bermula dengan percaturan dalam jawatan penting negara, penggunaan tulisan Cina dalam urusan rasmi dan papan tanda, ketidakadilan dalam peruntukan belanjawan, pengiktirafan UEC, tuntutan hak milik tanah di Perak, agenda LGBT serta ICERD, dan pelbagai lagi.

6. Maka, kerjasama politik PAS dan UMNO perlu diperkukuhkan supaya kepentingan Islam dan Melayu terbela.

7. Adakah PAN boleh memainkan peranan ini? Jawabnya Tidak.

8. Dalam setiap kerjasama politik semasa yang dijalinkan oleh PAS, garis panduan telah diwujudkan. Husam Musa tidak tahu perbincangan dalaman parti sebab beliau bukan lagi ahli PAS.

9. Sejarah panjang PAS menyaksikan pelbagai wajah kerjasama politik telah dilaksanakan, menggarap tindakan demi kepentingan Islam dan perjuangannya.

10. Alhamdulillah, sepanjang itu juga, perkiraan strategi dan rencana pendekatan PAS sering menjadikan PAS lebih diterima oleh masyarakat.

11. Tanpa menafikan ada yang meninggalkan PAS, namun 10 orang pergi meninggalkan PAS, Alhamdulillah 1000 orang pula datang menyertai PAS.

PAS Terus Konsisten Dengan Prinsip Perjuangannya

Sekian.