Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Sempena Pengisytiharan Majlis Perbandaran Jempol

160 views
SHARE
PENGISYTIHARAN MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL
1. Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sembilan mengucapkan tahniah dan syabas di atas penaiktarafan dan pengisytiharan Majlis Perbandaran Jempol yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.
2. Penaiktarafan ini bermaksud Negeri Sembilan kini mempunyai Majlis Perbandaran keempat selepas Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Perbandaran Port Dickson.
3. Penaiktarafan ini dijangka akan merancakkan lagi pembangunan terancang di Bandar Seri Jempol, Bahau dan Batu Kikir, selain terus membantu menaik taraf ekonomi masyarakat di pekan-pekan dan tanah-tanah rancangan FELDA Wilayah Raja Alias di Jempol.
4. PAS Negeri Sembilan juga berharap dengan pengiktirafan ini, pihak kerajaan terus konsisten memperkasa jati diri masyarakat warganegara berbilang kaum termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dengan pembudayaan ilmu, pengisian kerohanian/spiritual serta pembangunan sosial yang baik dan teratur.
5. Semoga Jempol akan terus dibangunkan merangkumi aspek dunia dan akhirat bertepatan dengan firman Allah s.w.t,
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Maksudnya, “Negeri yang baik dengan Rabb (Tuhan) Yang Maha Pengampun”
“Negeri Sembilan Sejahtera”
TUAN HAJI RAFIEI MUSTAPHA,
Pemangku Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan.
29 Januari 2019.