Muslimat Pulau Pinang mantap budaya ilmu menerusi APSA

Oleh Aishah Nur TASEK GELUGOR, 25 OKTOBER - Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang kali ke-32 telah berlangsung tempoh hari di Dewan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hassan Hj. Ahmad, Pusat Pengajian Darul Hadis dengan kehadiran para perwakilan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang sesi lalu, Ustazah Hasanah Idris dalam ucaptamanya menyeru...

Robotik Muda cungkil bakat baru

POKOK SENA, 23 Okt- Program Robotik Muda menjadi platform terbaik cungkil bakat muda bidang teknologi robotik.  Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Wan Romani Wan Salim berkata “program ini merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat baru anak muda yang meminati bidang robotik”.   Program yang dijalankan selama 2 hari ini telah diadakan...

Ustazah Siti Ashah Ghazali kekal terajui Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah

Oleh SARINA ISMAIL  ALOR SETAR, 25 Okt : Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali kekal menerajui Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah sesi 2021/2023  apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Dewan berkenaan kali ke 52, 22 Oktober lalu.   Sementara, jawatan Timbalan dan Naib Ketua juga menyaksikan dimenangi pemegang sedia ada,  Ustazah Siti Mekiah Shamsudin dan Ustazah Fatimah Wan Teh....

Kenyataan Media PAS Jerlun : PAS Jerlun fokus mantapkan MN dan perkasakan PN

Oleh DR ABD GHANI AHMAD JERLUN, 25 Okt : PAS Kawasan Jerlun telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-60 pada 17/10/2021 Yang lalu. Dalam pemilihan AJK Sesi 2021/2023, terdapat muka baru yang membarisi  Kepimpinan PAS Kawasan Jerlun terutamanya di kalangan Pemuda dan Muslimat yang diberi tempat oleh para perwakilan daripada PAS Cawangan-cawangan. Malam tadi, PAS Kawasan Jerlun telah mengadakan Mesyuarat AJK Kali...

MaiReka Kedah- Medan anak muda asah bakat bidang teknologi

Oleh AMIRUL ASYRAF  Alor Setar, 24 Okt - Program pameran dalam talian #MyDigitalMaker “MaiReka” 2021 dilihat mampu menjadi medan golongan muda mengasah bakat bidang teknologi digital.   Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Wan Romani Wan Salim berkata program itu merupakan usaha kerajaan untuk mendidik anak muda di negeri ini supaya menjadi...

Hospital Jitra terima sumbangan Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu

Oleh TASNIM MUSTAFFA KUBANG PASU, 25 Okt – Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu (DPPKP) menyumbang lima unit dressing trolley dan 20 kotak air mineral kepada petugas dan kakitangan Hospital Jitra untuk membantu dalam memberikan rawatan kepada pesakit, baru-baru ini.  Wakil Hospital Jitra, Ilyas Atan berkata, pihaknya berterima kasih kepada penyumbang dan berharap sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan sebaiknya.  “pihak kami menerima lima unit...

Muslimat PAS Johor Selesai Pemilihan Secara ‘e-Voting’

Muslimat PAS Johor Selesai Pemilihan Secara 'e-Voting' Oleh : 'Aisyaa Yasmin Johor Bahru,24 Oktober : Muslimat PAS Johor semalam, selesai membuat pemilihan jawatankuasa kepimpinan baru bagi sesi 2021/023 secara e-voting di lapan zon terlibat secara atas talian menerusi platform 'Zoom'. Untuk meningkatkan pemahaman terhadap tatacara pemungutan suara secara e-voting ini, Jabatan IT Muslimat Johor telah mengadakan satu bengkel khas secara maya awal...

125 mangsa banjir terima bantuan DPPNK

Oleh TASNIM MUSTAFFA SUNGAI PETANI, 25 Okt  - Seramai 125 mangsa banjir sekitar Sungai Petani telah menerima bantuan sumbangan pek makanan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK).  Setiap penerima bantuan menerima sumbangan berupa pek makanan yang disampaikan oleh Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Nurul Amin Hamid.  Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu, berlangsung di tiga lokasi iaitu di Markas PAS...

Abraham Accords pembawa bencana akhir zaman

Minda Presiden PAS ABRAHAM ACCORDS PEMBAWA BENCANA AKHIR ZAMAN Abraham Accords merupakan perjanjian yang ditandatangani secara bersama oleh beberapa pemimpin negara Arab dengan Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel sebelum ini) dan Presiden Amerika Syarikat yang lalu, Donald Trump. Perjanjian ini dimeteraikan melalui upacara rasmi yang diadakan di perkarangan White House. Trump dan menantunya, Jared Kushner (berbangsa Yahudi Zionis yang beragenda politik) mengambil...

ADUN Kupang rai penduduk gotong-royong bina jalan

Oleh AMAL NABILA KUPANG, 24 Okt – ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) hadir ke majlis meraikan sukarelawan yang bergotong-royong membina empat jalan menggunakan batu kasaran di Kampung Charok Sikin, baru-baru ini. Turut terlibat beberapa pemandu lori jengkaut dan traktor yang memberikan perkhidmatan secara percuma. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Charok Sikin,...