Home Berita PAS Pulau Pinang

Khidmat Malaysia Nibong Tebal sertai bantuan ke Jenagor dan Kenyir

19
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

HULU TERENGGANU, 26 OKTOBER – Khidmat Malaysia Nibong Tebal sertai misi bantuan kelolaan Pejabat Penyelaras Parlimen Besut sabtu lalu.

Penasihat Khidmat Malaysia Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff berkata, mereka seramai 18 orang relawan berkonvoi motosikal selama sepuluh jam dan sempat singgah menziarahi Adun Dabong Ku Mohd Zaki Ku Hussin serta makan tengahari bersama beliau.

Misi selama tiga hari bermula di Jenagor dan Kenyir Hulu Terengganu dan seterusnya bergerak ke beberapa buah Madrasah di sini.

Misi bantuan ini di koordinasi oleh Pengarah Program Dr.Riduan Mohd Nor membawa lima badan bukan kerajaan (NGO) yang turut membawa sumbangan beras, telekung, wang tunai serta bot termasuk enjin sangkut.

“Jutaan terima kasih kepada relawan dari pejabat penyelaras parlimen Besut, Khidmat Malaysia Nibong Tebal, Warga Batu Pahat Johor, Surau Al Muhsinin Petronas KLCC dan Masjid At Toyyibin Selayang seramai 67 orang,” kata beliau.

Menurut beliau, semua barangan sumbangan yang bernilai hampir RM34 ribu itu telah diagihkan kepada Madrasah Al Ansar Lil Banin, Madrasah Darul Zahraa Kuala Dura, Madrasah Khairul Insan Jenagor dan beberapa lagi di sekitar Hulu Terengganu.

“Misi kali ini juga diisi dengan pengisian taujihat magrib oleh Ustaz Dr.Riduan dan Ustaz Jundullah sebagai bekalan akhirat dan pengkisahan islah anak seni Zuar XPDC,“ ujar Nor Zamri.

“Semua relawan menginap di rumah rakit Kenyir merehatkan badan dan bersantai dengan aktiviti air sebelum bertolak pulang ke Nibong Tebal,” ujarnya.