Home Berita PAS Kedah

PAS kawasan Merbok salur bantuan kepada 29 keluarga mangsa banjir

24
SHARE

Oleh ANA NAJWA 

BUKIT SELAMBAU , 26 Okt – Sebanyak 29 buah keluarga di Bukit Selambau telah menerima bantuan berupa makanan dan keperluan harian oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Merbok, setelah kawasan tersebut mengalami banjir kilat baru-baru ini.

Bantuan tersebut disalurkan kepada penduduk-penduduk yang terjejas bagi membantu meringankan beban yang dihadapi.

YDP PAS Kawasan Merbok, YBhg. Ustaz Azizan Hamzah terlibat untuk turun menyampaikan bantuan tersebut dalam sebuah program yang berlangsung di Kampung Jerung, petang Sabtu lalu.

PAS Kawasan Merbok P014 turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang terus-menerus membantu usaha misi-misi kebajikan untuk membantu masyarakat. Semoga Allah SWT. mengganjarkan pahala dan kebaikan di atas kesabaran para penduduk dalam menghadapi ujian bencana ini.