Home Berita PAS Terengganu

Pengunjung Zoo Kemaman terus meningkat

36
SHARE

KUALA TERENGGANU – Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman (TRZK) terus menerima pertambahan pengunjung selepas dibuka semula kepada orang ramai sejak 17 September lalu sempena peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Jusman Ibrahim berkata pihaknya merekodkan hampir 2,000 hingga 2,500 pengunjung sehari pada hari minggu dan lebih dalam 5,000 orang dalam tempoh seminggu.

Katanya,  jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan Terengganu kini sudah berada dalam Fasa 4 PPN dan pada minggu lalu pihaknya sudah menerima pengunjung dari luar, termasuk Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

“Melihat keadaan itu, pihak kami berbesar hati untuk meneruskan tawaran pengurangan harga tiket sebanyak 50 peratus. Tiket menyusuri Sungai Yak Yah juga akan turut diberikan pengurangan sebanyak 70 peratus bagi dewasa dan 80 peratus bagi kanak-kanak.

“Dengan tawaran pengurangan harga tersebut, tiket masuk TRZK bagi dewasa kini berharga RM5 dan kanak-kanak RM3 manakala tiket menyusuri Sungai Yak Yah pula adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak,” katanya kepada dalam satu majlis hari ini.

Katanya, TRZK yang mula dibuka sejak Ogos 2009, kini mempunyai 589 haiwan terdiri daripada 433 spesies burung, 84 spesies mamalia dan 72 spesies reptilia, amfibia serta ikan.

“Usaha  berterusan dilakukan, termasuk pertukaran haiwan di antara pihak pengurusan Zoo Melaka di mana akan membawa pulang beberapa haiwan  antaranya banteng (seumpama selandang) dan  buaya jejulong pada minggu depan.

“Pihak TRZK pula akan menukar merak hijau dan beberapa spiesis lain sebagai usaha mempelbagaikan haiwan di zoo masing-masing,”katanya.
.