Home Kenyataan Media PAS Kedah

Isu penduduk terjejas pandemik, jadi keutamaan PAS Padang Terap

34
SHARE

Oleh Nurul Amin Hamid

PADANG TERAP, 26 Okt – PAS Padang Terap yang diterajui oleh Ustaz Mohd Azam Abd Aziz sebagai Yang Di Pertua meletakan agenda membantu penduduk Padang Terap yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 sebagai keutamaan dalam penggal baharu kali ini. 

PAS sebagai sebuah parti yang meletakan empat teras utama iaitu politik, dakwah, pendidikan dan kebajikan tidak akan meminggirkan mana-mana teras,bahkan akan sentiasa memperkasakan teras tersebut terutama dalam soal kebajikan rakyat. 

Penduduk Padang Terap paling ramai diantara mereka terlibat dalam sektor pertanian sepeti sawah padi, penoreh getah sangat terkesan dengan pendapatan yang tidak menentu semasa pandemik,ditambah pula dengan ujian cuaca yang buruk dan hujan lebat. 

Walaupun banyak bantuan kerajaan negeri disalurkan kepada penduduk terjejas melalui agensi kerajaan dan pusat khidmat masyarakat wakil rakyat di peringkat Dun,seperti bakul makanan, beras sejahtera , bantuan alatan perniagaan dan sebagainya, PAS Padang Terap tetap menyusun atur aktiviti kebajikan untuk membantu penduduk tanpa mengira latar belakang politik. 

Selain berperanan sebagai pemudahcara kepada rakyat yang memohon bantuan kepada Adun, PAS Padang Terap berusaha menjadi perantara diantara penduduk  dengan mereka yang menyalurkan dana sumbangan kebajikan. 

Dalam pada itu, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Padang Terap Kali Ke-46  yang berlangsung pada minggu lalu menyaksikan Ustaz Mohd Azam kekal sebagai Yang Di Pertua, manakala Yang Berhormat Haji Munir Bin Zakaria,Adun Kuala Nerang kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua,manakala Yang Berhormat Haji Mohd Radzi Md Amin,Adun Pedu juga kekal sebagai Naib Yang Dipertua bagi sesi 2021/2023.