NGO PERMUDAH cakna kebajikan pendidik terjejas pandemik COVID-19

Oleh AMAL NABILA ALOR SETAR, 19 Dis - Pertubuhan Mu'alimah Kedah (PERMUDAH) akan mengadakan program Cakna Warga Pendidik dalam membantu guru-guru agama mendepani era pandemik COVID-19. Penasihat PERMUDAH, Ilyas Ahmad berkata kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Kedah ini adalah untuk membentangkan kertas kerja program dan perkembangan semasa aktiviti kebajikan yang telah dianjurkan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina hubungan...

Bantuan segera Ahli Parlimen Kuala Krai kepada penduduk di PPS

MENGKEBANG, 17 Dis: Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai, En. Zamri Jusoh dan Ustaz Hashim telah turun bersama YB Hilmi Adun Guchil melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pejabat Veterinar dan SMK Kuala Krai serta menyampaikan bantuan segera mewakili YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai. Mereka juga turut melawat PPS SK...

Slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua terbukti membawa manfaat kepada 25 orang peniaga kecil-kecilan di Dun Pedu

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN NAKA, 19 Dis - ADUN Pedu YB Mohd Radzi Md Amin menyampaikan serahan Sumbangan Wanita Sejahtera kepada 25 orang peniaga kecil-kecilan di Dun Pedu di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pedu, Selasa lalu. “Tahniah kepada yang tersenarai sebagai penerima bantuan kali ini daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah, “Terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi dan gunakan...

Keluarga OKU dapat rumah Dhuafa’

MENGKEBANG, 19 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhammad Mat Sulaiman menyerahkan kunci rumah Dhuafa' Kerajaan Negeri Kelantan buat pasangan suami isteri OKU di Kuala Nal, Kuala Krai. Bantuan skim rumah Dhuafa' ini memberi kegembiraan besar buat pasangan Rosli Saari dan isterinya Nik Raziah Nik Wel dan kedua anaknya yang mana kedua mereka adalah OKU fizikal....

55 pasangan penerima Skim Az-Ziwaj diraikan dalam majlis

KOTA BHARU, 18 Dis: Seramai 55 pasangan pengantin yang menerima Skim Az-Ziwaj dari seluruh negeri Kelantan dirai dalam Majlis Raikan Cinta Perdana Tahun 2021 di Grand Renai Hotel Kota Bharu hari ini. Program anjuran Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (UBeS) ini telah berlangsung selama sehari dan dimulakan dengan taklimat khas Buku Panduan Keluarga Mawaddah oleh Ustazah...

Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan

Situasi Banjir: Jentera Kerajaan Siap Siaga, Rakyat Diseru Waspada Dan Patuh Arahan Keselamatan. 1. Laporan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 18 Disember 2021 jam 5.00 petang menunjukkan hampir seluruh jajahan di negeri Kelantan akan mengalami tahap hujan secara berterusan terutama di bahagian selatan Kelantan. 2. Bilik Gerakan Banjir setiap jajahan yang terlibat sudah berada keadaan siap sedia...

MAIK terima zakat perniagaan daripada FGV Holdings Berhad

KOTA BHARU, 16 Dis: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM784,652 daripada FGV Holdings Berhad yang berlangsung di Dewan Mesyuarat Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja, MAIK, Kota Bharu, Selasa lepas. Majlis penyerahan zakat perniagaan itu disampaikan oleh Pengerusi FGV Holdings Berhad, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab kepada Yang Dipertua...

Keselesaan pengguna jalan raya diutamakan – YB Ku Zaki

DABONG, 16 Dis: Demi keselesaan dan kepentingan pengguna jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dabong, Pusat Khidmat DUN (PKD) Dabong mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong dengan penduduk setempat untuk membaik pulih jalan raya di beberapa kawasan kampung terlibat. Menurut Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin, PKD telah mengeluarkan dana RM10,000 untuk membaiki...

Di tengah hujan lebat YB turun pantau aduan rakyat

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN NAKA, 19 Dis - ADUN Pedu YB Mohd Radzi Md Amin pantau laluan jalan di Batu 28 Jalan Nami ketika hujan masih turun dengan lebat pada Jumaat lalu. Beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan daripada penduduk. "Keselamatan penduduk ketika menggunakan jalan yang selamat adalah penting untuk sama-sama kita beringat. Berhati-hatilah ketika memandu kenderaan ketika musim hujan. "Insyaallah...

KKAT, PAS Kawasan Tebrau menyantuni ibu tunggal di Cahaya Masai

TEBRAU, 18 Dis - Program menyantuni dan penyerahan sumbangan kepada ibu tunggal anjuran bersama Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT), PAS Kawasan Tebrau dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau kali ini bergerak mengedarkan sumbangan kepada ibu tunggal sekitar Taman Cahaya Masai, hari ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa pembukaan oleh Setiausaha PAS Cawangan Cahaya Masai, Zuraidi Zahari dan ucapan aluan daripada...