Home Berita PAS Kelantan

MAIK terima zakat perniagaan daripada FGV Holdings Berhad

127
SHARE

KOTA BHARU, 16 Dis: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM784,652 daripada FGV Holdings Berhad yang berlangsung di Dewan Mesyuarat Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja, MAIK, Kota Bharu, Selasa lepas.

Majlis penyerahan zakat perniagaan itu disampaikan oleh Pengerusi FGV Holdings Berhad, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab kepada Yang Dipertua MAIK, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. Turut hadir, Timbalan Yang dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman, Setiausaha MAIK, Muhamad Rasani Ramli.