Home Berita PAS Kedah

NGO PERMUDAH cakna kebajikan pendidik terjejas pandemik COVID-19

87
SHARE

Oleh AMAL NABILA

ALOR SETAR, 19 Dis – Pertubuhan Mu’alimah Kedah (PERMUDAH) akan mengadakan program Cakna Warga Pendidik dalam membantu guru-guru agama mendepani era pandemik COVID-19.

Penasihat PERMUDAH, Ilyas Ahmad berkata kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Kedah ini adalah untuk membentangkan kertas kerja program dan perkembangan semasa aktiviti kebajikan yang telah dianjurkan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina hubungan yang harmoni antara pihak PERMUDAH dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Kunjungan hormat tersebut disambut oleh Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar, Nurul Amin Hamid.

“Matlamat program ini adalah untuk membantu guru-guru agama yang menerima elaun sekitar RM 500 ke bawah, berstatus ibu tunggal dan terkesan akibat pandemik COVID-19 bagi meringankan bebanan mereka,” ujar Penasihat PERMUDAH.

Katanya, PERMUDAH ini bukan sahaja membantu para guru bahkan mereka turut menyalurkan bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin yang memerlukan.

Sumber : Urus Setia Penerangan Darul Aman