Home Berita PAS Kedah

Slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua terbukti membawa manfaat kepada 25 orang peniaga kecil-kecilan di Dun Pedu

105
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 19 Dis – ADUN Pedu YB Mohd Radzi Md Amin menyampaikan serahan Sumbangan Wanita Sejahtera kepada 25 orang peniaga kecil-kecilan di Dun Pedu di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pedu, Selasa lalu.

“Tahniah kepada yang tersenarai sebagai penerima bantuan kali ini daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah,

“Terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi dan gunakan bantuan yang diberi dengan kembangkan lagi perniagaan”, katanya.

Beliau menyatakan pandemik Covid 19 sudah tentu memberi kesan teruk kepada peniaga kecil seperti mereka yang berusaha menambah pendapatan untuk keluarga.

Dalam majlis yang sama YDP PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turut memuji usaha yang dilakukan oleh YB ADUN Pedu itu.

“Saya selaku YDP PAS Padang Terap iaitu pemantau kepada YB Dun Pedu , saya melihat YB Paksu Di ini selalu turun ziarah . Bukan puji tapi memang betul sebab saya pantau YB-YB PAS dibawah pantauan saya membuat kerja.

“Sejak jadi YB dari pembangkang ke kerajaan lagi selalu turun jumpa rakyat, dengar masalah rakyat dan selesaikan isu rakyat. Isu besar dibawa masuk ke sidang DUN Negeri Kedah untuk dibahaskan. Isu kecil yang boleh YB Paksu Di selesai sendiri , beliau akan selesai sendiri di peringkat dun bersama pegawai PKWR Dun Pedu dan AJK JPrD Pedu.

Saya harap penerima hari ini dapat menggunakan sumbangan yang diberikan dengan sebaik mungkin

Majlis bermula jam 3 petang dan berakhir jam 4.30 petang dan dipengerusikan oleh pegawai khas YB ,Encik Mohamad Talib.

Turut hadir dalam majlis ini Setiausaha JPRD Pedu, Encik Abdul Razak Hussain dan Pegawai PKWR Dun Pedu, Encik Ahmad Othman.