Home Berita PAS Kelantan

Keluarga OKU dapat rumah Dhuafa’

204
SHARE

MENGKEBANG, 19 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhammad Mat Sulaiman menyerahkan kunci rumah Dhuafa’ Kerajaan Negeri Kelantan buat pasangan suami isteri OKU di Kuala Nal, Kuala Krai.

Bantuan skim rumah Dhuafa’ ini memberi kegembiraan besar buat pasangan Rosli Saari dan isterinya Nik Raziah Nik Wel dan kedua anaknya yang mana kedua mereka adalah OKU fizikal. Rosli Saari juga merupakan penyelaras sukarelawan OKU parlimen Machang.

Sebelum itu ADUN turut melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK SG Embak dan PPS SK Chenulang.