Komitmen Kerajaan Kelantan dalam memelihara hutan di Kelantan
Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan beriltizam dengan sepenuh komitmen memelihara 51% kawasan hutan di Kelantan.
Bayaran balik pinjaman YAKIN meningkat
KOTA BHARU, 30 Mac: Peratusan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bagi tahun 2020 dengan anggaran kutipan RM5,000,000 meliputi tunggakan 54.67 peratus dan kutipan semasa 60.50 peratus menjadikan jumlahnya 115.17%. Manakala pada tahun 2021, bayaran balik pinjaman pelajaran YAKIN meningkat kepada RM 6,000,000 termasuklah kutipan tunggakan 52.72 peratus dan kutipan semasa 58.86 peratus menjadikan jumlahnya 111.58 peratus. Demikian jawapan...
E-Sukan diperkasakan kepada belia Kelantan
KOTA BHARU, 30 Mac: Kerajaan Negeri melalui Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBS) dan Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSK) telah mengambil langkah dan melaksanakan beberapa program untuk memperkasakan E-Sukan dalam kalangan anak muda di negeri ini. Demikian jawapan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat ketika menjawab persoalan...
Kelantan dominasi penternakan lembu hibrid
KOTA BHARU, 30 Mac: Pemodenan dan teknologi biopenternakan dalam pembiakbakaan lembu hibrid Jenama Kelantan (NAIMbif) mencatat rekod Kemajuan memberangsangkan. Keaktifan para penternak mengikuti kursus pendedahan kepada teknologi terkini telah melahirkan juru suntik permanian beradas berdaftar yang teramai iaitu 75 orang daripada 182 orang peringkat Malaysia dan menjadi agen pembiakbakaan ternakan yang aktif di seluruh Negeri Kelantan. Demikian ulasan Pengerusi Jawatankuasa...
PAS kawasan Jerlun ziarah mangsa ribut
Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN CHANGLUN - Yang Dipertua PAS kawasan Jerlun, Ustaz Dr Hj Abd Ghani Hj Ahmad menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga mangsa ribut pada 27 Mac, baru-baru ini. Mangsa, Ku Talib Ku Jaafar menceritakan detik-detik kejadian rebut itu berlaku ketika beliau berada di dalam rumah. "Bunyi kuat, masa tu dok dlm rumah. Dok perati kot atas awat bumbung...
Kuota saiz Zon Pembangunan Ladang Hutan tertakluk kepada Mesyuarat MTN
KOTA BHARU, 30 Mac: Menteri Besar YAB Ustaz Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob berkata Pembangunan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal di Kelantan yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) pada 9 Ogos 2012 adalah seluas 199,000 hektar. Tambahnya, Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju mengguna pakai kuota Keluasan Zon Pembangunan Ladang Hutan tersebut yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MTN...
JKR negeri mohon RM200 juta baik pulih kerosakan jalan, jambatan
KOTA BHARU, 30 Mac: Kerajaan Negeri menyenaraikan jalan-jalan dan jambatan-jambatan yang rosak akibat banjir lalu dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri telah mengemukakan peruntukan RM200 juta kepada Kementerian Kerjaraya untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato' Sr Azami Mohd Nor ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Pantai Irama, YB Mohd...
YDP Azam dan ADUN Kuala Nerang beri sumbangan dan ziarah
Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN KUALA NERANG - Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bersama ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria turun memberi bantuan sumbangan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, baru-baru ini. YDP PAS Padang Terap itu menjelaskan beliau bersama ADUN Kuala Nerang menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada 40...
Nasib ibu tunggal kemalangan dapat perhatian
Oleh TASNIM PADANG SERAI - Nasib seorang ibu tunggal di Taman Lagenda yang terlibat dalam kemalangan dapat perhatian Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai, Isnin lalu. Akibat kemalangan jalanraya yang menimpa Puan Nurhafiza, beliau mengalami kecederaan patah di bahagian paha, bahu dan dada. PAS Kawasan Padang Serai berkata, pihak mereka amat memahami nasib yang menimpa Puan Nurhafiza. “Puan Nurhafiza mempunyai enam orang anak...