Home Berita PAS Kedah

PAS kawasan Jerlun ziarah mangsa ribut

27
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

CHANGLUN – Yang Dipertua PAS kawasan Jerlun, Ustaz Dr Hj Abd Ghani Hj Ahmad menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga mangsa ribut pada 27 Mac, baru-baru ini.

Mangsa, Ku Talib Ku Jaafar menceritakan detik-detik kejadian rebut itu berlaku ketika beliau berada di dalam rumah.

“Bunyi kuat, masa tu dok dlm rumah. Dok perati kot atas awat bumbung rumah dok menguit. Tengok² bumbung tak dak dah, diangkat ke dlm kato @ laluan air,” katanya.

Menurut Puan Norashila Ahmad pula kejadian rebut yang berlaku ini adalah yang pertama kali semenjak beliau tinggal di sini.

“Saya dok meniaga ABC depan jalan. Tiba² anak telefon sambil teriak², saya terus balik rumah. Tengok² hujan dan air penuh dalam rumah. Masa tu anak bongsu umur lapan tahun dok dengan kaknya. Masa bumbung dibawa angin, anak bongsu dok betui² dengan bumbung tu. Nasib baiklah tak kena anak tu,” ujarnya.

Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Dr Ghani berkata, pihaknya amat bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

“Saya mendoakan semoga penduduk yang terjejas dipermudahkan urusan membaiki bahagian rumah yang rosak,” ujarnya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada enam buah keluarga mangsa ribut tersebut di Kampung Keda Wang dan lima buah rumah di Kg Baru Batu 4 Jalan Changlun.

PAS Kawasan Jerlun juga merakamkan ucapan takziah kepada mangsa ribut dan berharap tabah menghadapi segala ujian.

Turut hadir Setiausaha PAS kawasan Jerlun, Hj Abu Hanifah Hj Abu Hassan dan Pengerusi Lajnah Kebajikan, Rodzi Md Isa.