Home Berita PAS Kelantan

Bayaran balik pinjaman YAKIN meningkat

244
SHARE

KOTA BHARU, 30 Mac: Peratusan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bagi tahun 2020 dengan anggaran kutipan RM5,000,000 meliputi tunggakan 54.67 peratus dan kutipan semasa 60.50 peratus menjadikan jumlahnya 115.17%.

Manakala pada tahun 2021, bayaran balik pinjaman pelajaran YAKIN meningkat kepada RM 6,000,000 termasuklah kutipan tunggakan 52.72 peratus dan kutipan semasa 58.86 peratus menjadikan jumlahnya 111.58 peratus.

Demikian jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika menjawab soalan daripada ADUN Limbongan YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah pada Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Kali ke-14 tahun ke-3, hari ini.

“Penukaran pinjaman pelajaran YAKIN kepada biasiswa dan pemberian potongan 25 peratus daripada jumlah pinjaman telah diberikan sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar tajaan YAKIN yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

“Manakala pengurangan 30 peratus daripada baki pinjaman (tanpa tunggakan) diberikan kepada peminjam yang melangsaikan baki pinjaman sekali gus,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, ulasnya sepanjang tempoh tahun 2013 hingga 2021, jumlah keseluruhan penukaran pinjaman kepada biasiswa, pengurangan 25 peratus dan pengurangan 30 peratus adalah RM7,315,514.71 telah diberikan kepada peminjam pelajaran YAKIN yang layak.

Terdahulu, jumlah permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang telah diluluskan di dalam negara (ijazah dan diploma) dan luar negara (ijazah) sahaja pada tahun 2020 ialah 1408 manakala pada tahun 2021 pula berjumlah 861.

#SidangDUNpenggalKelima2021