Anak-anak yatim dan asnaf Felda Jengka 15 menerima sumbangan

Oleh: HASLILAWATI ABDULLAH KUALA KRAU, 19 Apr :: Program penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf di sekitar Felda Jengka 15 telah berlangsung di Masjid As-Siddiqin dekat sini petang semalam. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim. Program itu bertujuan membantu meringankan beban anak yatim dan asnaf masjid yang tidak berkemampuan. Ustaz Shahril di dalam...

500 Meriahkan majlis iftar PN Hulu Terengganu

Oleh : Azhar Yusof HULU TERENGGANU – Lebih 500 tetamu dari seluruh Hulu Terengganu hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Perikatan Nasional (PN) Hulu Terengganu semalam. Dalam majlis tersebut turut diadakan sumbangan kepada Institusi Pondok dan Tabung Ihya’ Ramadan Masjid dalam daerah Hulu Terengganu yang telah disampaikan oleh Ketua Badan Perhubungan PN Kawasan Hulu Terengganu merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol...

An extreme act!

The burning of the Quran by a political party leader in Sweden is an extreme act that should not be done by a person of influence, said PAS vice-president Senator Datuk Idris Ahmad The Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) also said that Islam should be respected by other religions. “The act (burning the Quran) should not happen. Even...

PAS hargai peranan pondok dan madrasah

KUALA TERENGGANU – PAS sentiasa mengambil berat dan menghargai peranan warga pondok dan madrasah dalam usaha memastikan pendidikan Islam tradisi itu terus berkembang subur. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Harun Esa beryukur kerana dapat meneruskan program ziarah institusi terbabit dalam kawasan daerah Hulu Terengganu. “Alhamdulillah DPPNT dan Lajnah Kebajikan DPPNT semalam ke sekitar Hulu Terengganu bagi program...

Al-Quran perakuan kerasulan Rasulullah SAW

KUALA TERENGGANU- Majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Terengganu Darul Iman telah berlangsung dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan kesyukuran program berkenaan dapat dilaksanakan sewaktu peralihan fasa ke endemik yang memberi kelonggaran buat umat Islam melaksanakan tanggungjawab beribadat di bulan Ramadan...

DUAT lancar buku Panduan Ramadan untuk rakyat

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) melancarkan Buku Marhaban Ya Ramadan sebagai panduan rakyat Terengganu khususnya dalam mengimarahkan Ramadan. Pelancaran buku berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika Majlis Iftar Jamaie Unit-Unit Tubuh Kerajaan Negeri di sini, baru-baru ini. Kata Ustaz Muhammad Khalil, buku tersebut...

PAS Batu Sapi menyantuni pemandu van

19 April 2022Oleh : Laila Ismail Batu Sapi : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Batu Sapi santuni pemandu bas berhenti-henti di Markas PAS Batu Sapi jumaat lepas. YDP PAS kawasan Batu Sapi, Ahmad Naufal berkata, program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim...

Nuzul Quran dan Badar Qubra peringatan untuk ummah

Oleh SHARIFAH AJIL MUAR, 19 April : Peristiwa malam Nuzul Quran dan Badar Qubra harus difahami dengan jelas oleh umat Nabi Muhammad kerana ianya ada peringatan yang ditinggalkan. Demikian dijelaskan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail dalam taujihatnya di sini, semalam. Beliau menyampaikannya dalam program Iftar Jamaie, Nuzul Quran dan Badar Qubra anjuran Dewan Ulama PAS Muar...

Ameerah, PAS Kudat edar 1000 pek bubur lambuk

Oleh : Umamah binti Abdullah 19 April 2022 KUDAT: Ameerah dan PAS Kudat mengagihkan 1000 pek bubur lambuk kepada orang ramai sekitar Pekan Kudat pada Sabtu. Sebanyak 1000 pek bubur lambuk diedar ke rumah anak yatim Baitul Hidayah, Kampung Tanjung Kapor, Pantai Bahagia, Landung Ayang dan juga sekitar kawasan pekan Kudat sebagai juadah berbuka puasa. Yang Dipertua PAS kawasan, Ahmad Kapok berharap semoga...

PN Perlis anjur Iftar Perdana

ARAU, 18 Apr: Majlis Iftar Perdana Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis berlangsung semalam bertempat di kediaman Pengerusi PN Perlis, Sungai Padang, di sini.