Home Berita PAS Sabah

Ameerah, PAS Kudat edar 1000 pek bubur lambuk

91
SHARE

Oleh : Umamah binti Abdullah
19 April 2022

KUDAT: Ameerah dan PAS Kudat mengagihkan 1000 pek bubur lambuk kepada orang ramai sekitar Pekan Kudat pada Sabtu.

Sebanyak 1000 pek bubur lambuk diedar ke rumah anak yatim Baitul Hidayah, Kampung Tanjung Kapor, Pantai Bahagia, Landung Ayang dan juga sekitar kawasan pekan Kudat sebagai juadah berbuka puasa.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ahmad Kapok berharap semoga PAS Kudat memperbanyakkan lagi program sebegini bagi membantu rakyat dan mengekalkan ukhuwah.

“Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung.

“Terima Kasih juga diucapkan kepada penyumbang tidak kira dari segi kewangan, tenaga dan juga masa bagi menjayakan Program Bubur Lambuk ini,” ujarnya ketika menyampaikan bubur lambuk kepada penduduk kampung.

Tambahnya lagi, program itu juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada muslimat Kudat yang telah bertungkus lumus menyediakan juadah tersebut,” ujarnya lagi.

Aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk telah dijalankan di PASTI As-Syifa Friendly, Kudat.

Turut hadir dalam program itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Noherah Abu Bakar dan Pengerusi Ameerah Kudat, Akifah Nailah Muhammad.