Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi menyantuni pemandu van

74
SHARE

19 April 2022
Oleh : Laila Ismail

Batu Sapi : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Batu Sapi santuni pemandu bas berhenti-henti di Markas PAS Batu Sapi jumaat lepas.

YDP PAS kawasan Batu Sapi, Ahmad Naufal berkata, program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim dan mendengar isu yang dibangkitkan oleh pemandu bas henti-henti di sekitar Parlimen Batu Sapi.

Dalam perjumpaan tersebut, kebanyakan pemandu bas menyatakan berkaitan isu kenaikn harga tambang yang belum dimuktamatkan dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Perkara ini menjadi beban apabila sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP yang diarahkan untuk mengambil penumpang hanya 50% muatan sahaja.

Kebanyakan pemandu van turut mengeluh disebabkan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan kenderaan yang semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak menentu dan makin terjejas.

Rata-rata pemandu berharap agar SOP pada masa ini membenarkan mereka mengambil sekurangnya 70% penumpang bagi menambah semula pendapatan mereka dan dapat menutup kos penyelenggaraan van mereka.

Program ini turut dihadiri oleh NYDP PAS kawasan Batu Sapi, Norsah Bongsu, Ketua PAS Cawangan Karamunting, M Ruslan beserta 2 AJK PAS Kawasan yang lain.