Home Berita PAS Perlis

PN Perlis anjur Iftar Perdana

126
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 18 Apr: Majlis Iftar Perdana Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis berlangsung semalam bertempat di kediaman Pengerusi PN Perlis, Sungai Padang, di sini.

Majlis berkenaan dihadiri seramai 70 orang terdiri daripada kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Perlis.

Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin.

Pengerusi PN Negeri Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang ditemui berkata, majlis berkenaan diadakan bagi mengeratkan ukhuwwah antara kepimpinan kedua-dua parti berkenaan.

“Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran para pemimpin daripada PAS dan Bersatu negeri ini.

“Apa yang kami harapkan, pelaksanaan program-program secara¬† bersama seperti ini dapat mengukuhkan lagi PN Negeri Perlis,” katanya.