Home Berita PAS Terengganu

PAS hargai peranan pondok dan madrasah

60
SHARE

KUALA TERENGGANU – PAS sentiasa mengambil berat dan menghargai peranan warga pondok dan madrasah dalam usaha memastikan pendidikan Islam tradisi itu terus berkembang subur.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Harun Esa beryukur kerana dapat meneruskan program ziarah institusi terbabit dalam kawasan daerah Hulu Terengganu.

“Alhamdulillah DPPNT dan Lajnah Kebajikan DPPNT semalam ke sekitar Hulu Terengganu bagi program Ziarah Pondok-Pondok dan Madrasah,

“semoga program ziarah sebegini dapat menjalin dan mengeratkan ukhuwah yang sedia ada. Tambahan lagi baru-baru ini ada warga pondok yang terkesan akibat banjir.” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melawat lima pusat pengajian tersebut, dua di Ajil, satu di Kuala Berang dan dua di Telemong, pada Sabtu 16 April.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Lajnah Kebajikan DPPNT Ustaz Mohd Shafizi Ismail dan Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu Ustaz Hamdi Harun.

Ustaz Harun menambah, pondok adalah antara tempat berkembang subur ilmu agama untuk mendidik anak muda Terengganu, khususnya.

“Tahniah kepada Tuan Guru-Tuan Guru yang banyak bekorban untuk kelangsungan pendidikan Agama Islam.

“Semoga terus subur institusi-institusi pondok di Negeri Terengganu seumpama Kelantan, Kedah dan lain-lain insyaAllah.” kata beliau