Dilema media

Minda Presiden PAS DILEMA MEDIA Media berperanan besar dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat, sama ada bagi menegakkan kebenaran atau menyebarkan pembohongan, kebatilan dan kesesatan. Termasuklah juga menganjurkan aktiviti kebajikan atau maksiat, sehingga membela penjenayah. Hal ini menjadikan mereka yang terlibat dengan perbuatan yang salah itu dalam dilema, sama ada untuk memilih ganjaran pahala yang besar atau balasan dosa yang besar. Malah, mereka juga...

Rasulullah S.A.W didik umat patuh keputusan mesyuarat – TG Zulkifli Ismail

Oleh IBNU JANIE MASJID TANAH, 2 Jun: Rasulullah S.A.W mendidik umat Islam agar patuh kepada keputusan mesyuarat walau pun ia tidak selaras dengan kehendak peribadi, kata Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail. Menurut beliau, ibrah itu diambil dari sirah sebuah perperangan di mana mesyuarat telah memutuskan untuk berperang di luar Madinah sedangkan baginda sendiri cenderung untuk bertahan...

Naik taraf rumah pengajian al-Quran

KUALA KEDAH – Untuk memastikan generasi akan datang mempelajari ilmu al-Quran dalam suasana kondusif dan selesa, sebuah rumah yang menjadi tumpuan kanak-kanak di Kampung Masjid, dekat Kuala Kedah untuk belajar mengaji terpilih untuk dinaik taraf. Rumah milik Puan Rushanita itu sering dipenuhi dengan kanak-kanak untuk mempelajari al-Quran. Oleh itu, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Abdul Basir Ahmad bersama  NGO...

Rumah dihempap pokok akibat ribut

PENDANG - Jabatan Amal Malaysia  Cawangan Pendang turun ke Kampung Huma Kubur Panjang bagi membantu pemilik rumah melakukan pemotongan pokok tumbang. Mangsa, Abdul Wahab Ahmad melaporkan rumahnya ditimpa pokok akibat ribut kuat, baru-baru ini. Katanya, pokok tersebut menghempap kawasan dapur dan bilik air. Jabatan Amal yang diketuai oleh Ustaz Saiful Syazwan Shafie datang membantu membersihkan kawasan berkenaan bersama tujuh lagi anggota. Beliau juga...

Risalah Penerangan | Kerosakan di bumi angkara tangan manusia

Firman Allah S.W.T : ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ. Mafhumnya : "Telah zahir (berlaku) kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)". Surah Ar-Rum : 41 Allah S.W.T telah mengutuskan para Rasul dengan...

PAS Jerai edar 1000 pek makanan untuk mangsa banjir

JERAI – Susulan kejadian hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam semalam mengakibatkan beberapa kampung di sekitar DUN Gurun mula dinaiki air. Berikutan itu, PAS Kawasan Jerai bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Jerai bergotong royong menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Antara kampung yang terjejas banjir ialah Kg Sg Badak, Kg Jelutung, Kg Guar Nenas, Kg Sg Ibor, Belakang Mahkamah...

Pemuda PAS Kedah prihatin nasib mangsa ribut

JERLUN – Susulan kejadian ribut yang merosakkan lebih 10 buah rumah di Jerlun, Ahad lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah segera turun ke kawasan kejadian bagi memberi bantuan segera kepada mangsa ribut. Program Ziarah Mangsa Ribut yang diketuai Ketua Lajnah Kebajikan DPPNK, Saudara Saifuddin Hassan dan Aktivis NGO Al-Azhar Care, Ustazah Effa Ismail menziarahi lima buah rumah di Kampung Telaga...

Alami masalah pertuturan selepas tempurung kepala dibuang

MERBOK – Prihatin dengan nasib yang menimpa seorang penduduk dari Permatang Sejahtera yang mengalami masalah pertuturan selepas menjalani pembedahan membuang tempurung kepala. ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali hadir memberi kekuatan dan bantuan kepada mangsa. “Sementara menunggu bagi menjalani pembedahan menampal tempurung kepalanya semula, beliau mengalami gangguan pertuturan yang serius. “Semoga dengan rahmat Allah, beliau dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang lebih...

ADUN Tanjung Dawai sumbang fasiliti sekolah

MERBOK – Demi memastikan pelajar-pelajar di Tanjung Dawai dapat menikmati kemudahan fasiliti yang selesa, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai akan menyumbangkan fasiliti berkaitan kepada sekolah-sekolah terpilih, di sini. ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali dalam satu kenyataan berkata sekolah-sekolah terpilih akan menerima sumbangan kerusi dan meja batu dalam tempoh tiga bulan ini. Sementara itu, Sekolah Agama Daris...

PASTI madrasah pertama anak kenal akidah Islam

Oleh : Abu Suud Efendi 2 JUN 2022 TUARAN: Pengurusan PASTI Tuaran telah menganjurkan Majlis Hari Guru di Torong Akung Cafe, Kampung Serusup, di sini Selasa lepas bagi meraikan para guru. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Sabah, Salman Muhammad Amin menyatakan bahawa, PASTI merupakan madrasah awal bagi anak-anak mengenal akidah Islam. “Melentur buluh biar dari rebungnya, oleh itu aspek kekuatan akidah...