Home Berita PAS Kedah

ADUN Tanjung Dawai sumbang fasiliti sekolah

91
SHARE

MERBOK – Demi memastikan pelajar-pelajar di Tanjung Dawai dapat menikmati kemudahan fasiliti yang selesa, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai akan menyumbangkan fasiliti berkaitan kepada sekolah-sekolah terpilih, di sini.

ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali dalam satu kenyataan berkata sekolah-sekolah terpilih akan menerima sumbangan kerusi dan meja batu dalam tempoh tiga bulan ini.

Sementara itu, Sekolah Agama Daris dekat Sungai Jagong telah menerima sumbangan kerusi dan meja batu itu, semalam.