Home Berita PAS Kedah

Naik taraf rumah pengajian al-Quran

69
SHARE

KUALA KEDAH – Untuk memastikan generasi akan datang mempelajari ilmu al-Quran dalam suasana kondusif dan selesa, sebuah rumah yang menjadi tumpuan kanak-kanak di Kampung Masjid, dekat Kuala Kedah untuk belajar mengaji terpilih untuk dinaik taraf.

Rumah milik Puan Rushanita itu sering dipenuhi dengan kanak-kanak untuk mempelajari al-Quran.

Oleh itu, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Abdul Basir Ahmad bersama  NGO Muslim Care Malaysia Society dan Haji Johari bekerjasama membantu membina semua rumah tersebut.

“Usaha murni ini dilakukan atas keprihatinan PAS Kawasan Kuala Kedah. Dalam pada masa yang sama untuk memberikan keselesaan kepada mereka sekeluarga. Secara langsung dapat menaburkan bakti kepada anak-anak yang ingin menuntut ilmu Al-Quran,” ujarnya.