Home Berita PAS Sabah

PASTI madrasah pertama anak kenal akidah Islam

146
SHARE

Oleh : Abu Suud Efendi
2 JUN 2022

TUARAN: Pengurusan PASTI Tuaran telah menganjurkan Majlis Hari Guru di Torong Akung Cafe, Kampung Serusup, di sini Selasa lepas bagi meraikan para guru.

Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Sabah, Salman Muhammad Amin menyatakan bahawa, PASTI merupakan madrasah awal bagi anak-anak mengenal akidah Islam.

“Melentur buluh biar dari rebungnya, oleh itu aspek kekuatan akidah hendaklah disemai sejak kecil lagi agar membentuk sahsiah pelajar yang positif.

“Guru memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar seawal umur 4 tahun untuk mengenal Allah,” ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tuaran.

Menurutnya lagi, PASTI di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS telah membuktikan keunggulan sistemnya dalam mengetengahkan pendidikan awal kanak-kanak berasaskan Islam.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh barisan guru, ahli jawatan kuasa pengurusan dan bekas guru PASTI Tuaran sebagai tanda apresiasi sumbangan kepada para guru.