Home Berita PAS Kedah

Rumah dihempap pokok akibat ribut

146
SHARE

PENDANG – Jabatan Amal Malaysia  Cawangan Pendang turun ke Kampung Huma Kubur Panjang bagi membantu pemilik rumah melakukan pemotongan pokok tumbang.

Mangsa, Abdul Wahab Ahmad melaporkan rumahnya ditimpa pokok akibat ribut kuat, baru-baru ini.

Katanya, pokok tersebut menghempap kawasan dapur dan bilik air.

Jabatan Amal yang diketuai oleh Ustaz Saiful Syazwan Shafie datang membantu membersihkan kawasan berkenaan bersama tujuh lagi anggota.

Beliau juga mengharapkan mangsa dan keluarga tabah menghadapi ujian.