PAS Jerai edar 1000 pek makanan untuk mangsa banjir

JERAI – Susulan kejadian hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam semalam mengakibatkan beberapa kampung di sekitar DUN Gurun mula dinaiki air. Berikutan itu, PAS Kawasan Jerai bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Jerai bergotong royong menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Antara kampung yang terjejas banjir ialah Kg Sg Badak, Kg Jelutung, Kg Guar Nenas, Kg Sg Ibor, Belakang Mahkamah...

Pemuda PAS Kedah prihatin nasib mangsa ribut

JERLUN – Susulan kejadian ribut yang merosakkan lebih 10 buah rumah di Jerlun, Ahad lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah segera turun ke kawasan kejadian bagi memberi bantuan segera kepada mangsa ribut. Program Ziarah Mangsa Ribut yang diketuai Ketua Lajnah Kebajikan DPPNK, Saudara Saifuddin Hassan dan Aktivis NGO Al-Azhar Care, Ustazah Effa Ismail menziarahi lima buah rumah di Kampung Telaga...

Alami masalah pertuturan selepas tempurung kepala dibuang

MERBOK – Prihatin dengan nasib yang menimpa seorang penduduk dari Permatang Sejahtera yang mengalami masalah pertuturan selepas menjalani pembedahan membuang tempurung kepala. ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali hadir memberi kekuatan dan bantuan kepada mangsa. “Sementara menunggu bagi menjalani pembedahan menampal tempurung kepalanya semula, beliau mengalami gangguan pertuturan yang serius. “Semoga dengan rahmat Allah, beliau dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang lebih...

ADUN Tanjung Dawai sumbang fasiliti sekolah

MERBOK – Demi memastikan pelajar-pelajar di Tanjung Dawai dapat menikmati kemudahan fasiliti yang selesa, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai akan menyumbangkan fasiliti berkaitan kepada sekolah-sekolah terpilih, di sini. ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali dalam satu kenyataan berkata sekolah-sekolah terpilih akan menerima sumbangan kerusi dan meja batu dalam tempoh tiga bulan ini. Sementara itu, Sekolah Agama Daris...

PASTI madrasah pertama anak kenal akidah Islam

Oleh : Abu Suud Efendi 2 JUN 2022 TUARAN: Pengurusan PASTI Tuaran telah menganjurkan Majlis Hari Guru di Torong Akung Cafe, Kampung Serusup, di sini Selasa lepas bagi meraikan para guru. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Sabah, Salman Muhammad Amin menyatakan bahawa, PASTI merupakan madrasah awal bagi anak-anak mengenal akidah Islam. “Melentur buluh biar dari rebungnya, oleh itu aspek kekuatan akidah...

Pemuda PAS Arau sokong kenyataan Umno Padang Besar

Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau (DPPKA) menyokong penuh pendirian UMNO Bahagian Padang Besar menerusi kenyataan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menyatakan kerjasama Muafakat Nasional (MN) akan terus terjalin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri Perlis.

PAS Bukit Gantang raikan bakal haji

Oleh : Jaudin M Amin CHANGKAT JERING, Bakal haji daripada Parlimen Bukit Gantang telah diraikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , YB Datuk Idris Ahmad dalam satu majlis yang berlangsung di Surau Pondok Darul Solehah, Batu 9, Changkat Jering semalam. Program ini menjadi acara tahunan...

Rumah Terbuka PAS Wangsa Maju perkukuhkan MN PN

Oleh: Muhamad Abdul Fateh Foto : Aizat Amni WANGSA MAJU, 31 Mei: Kira-kira 1500 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Wangsa Maju di Tapak Pasar Tani Taman, Kuala Lumpur kelmarin. Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh , majlis ini bukan sekadar untuk menjamu selera, bahkan ianya adalah wadah untuk mengeratkan hubungan...

Rencana : PAS Melaka disaran tubuh koperasi kukuhkan ekonomi

Oleh IBNU JANIE PENULIS pernah menulis beberapa rencana yang menyarankan agar PAS dapat membina kekuatan ekonomi melalui sayap perniagaan dan pelaburan supaya tidak terlalu bergantung kepada sumbangan ahli dan penyokong semata-mata. Ini menepati konsep bahawa PAS perlu menternak angsa yang mampu memberikan telur emas setiap hari. Bermakna jika dahulu ahli-ahli yang menghulurkan telur emas kepada PAS setiap hari, tetapi kali ini...

“Jangan mengeluh dan jemu” – Tokoh Guru PASTI Pahang 2022

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN KUANTAN, 31 Mei :: "Jangan cepat mengeluh dan jemu bila berhadapan dengan pelajar, terutama pelajar yang lemah dan bermasalah dalam pembelajaran," kata Tokoh Guru PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Negeri Pahang 2022 Siti Mariazatul Akmar. "Berusahalah memajukan mereka kerana dengan sebab pelajar yang lemah inilah yang menjadikan kita guru yang sebenar dan lebih kreatif dalam pengajaran," tegas beliau yang...