Home Berita PAS Kedah

Pesakit kencing manis zahir rasa syukur terima kunjungan ADUN

58
SHARE

TANJUNG DAWAI, 4 Julai 2022 – Seorang pesakit yang menderita penyakit kencing manis menzahirkan rasa syukur dan terima kasih selepas menerima kunjungan daripada ADUN Tg. Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali, ke rumahnya pagi semalam.

Yusrima Yaacob, 36, yang tinggal di Kampung Bagan Belat itu baru sahaja menjalani pembedahan amputasi atau pemotongan kaki akibat penyakit tersebut.

Memahami bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga, YB Ustaz & Pusat Khidmat Wakil Rakyat menyampaikan sumbangan berupa Beras Sejahtera, barang-barang keperluan dapur, serta wang tunai.