Home Berita PAS Kedah

Hanya tangisan yang mampu menggambarkan emosinya

33
SHARE

TANJONG DAWAI, 4 Julai 2022 – Kunjungan ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali ke rumah penduduk yang terlantar sakit disambut dengan tangisan yang menggambarkan emosinya.

Nor ‘Aini Embi, 71, telah diuji dengan penyakit angin ahmar yang mengakibatkan beliau terlantar di rumahnya di Kampung Nelayan.

Sebagai tanda ingatan & keprihatinan, YB Ustaz menyerahkan sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat berupa Beras Sejahtera, barangan keperluan dapur, dan wang tunai bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga.