Home Berita PAS Kedah

ADUN Tanjung Dawai ziarah warga emas kemalangan

52
SHARE

MERBOK, 4 Julai 2022 – ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali menziarahi seorang warga emas di Kampung Bujang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Saad Nor, 68, terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri pengajian daurah kitab yang dianjurkan di Pondok Baba Rusli Jamauddin Al-Banjari.

Akibat kejadian beliau mengalami kecederaan patah di bahagian bahu.

Sebagai tanda ingatan dan keprihatinan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung Dawai menyampaikan sumbangan berupa Beras Sejahtera, barangan keperluan dapur, dan wang tunai.

Turut hadir bersama ialah Imam Masjid Al-Fatimah Kampung Sg. Pial, Ustaz Fakri Shaharani,  Hj. Abd Hamid.