Home Berita PAS Kedah

Terharu pengorbanan anak muda urus ibu bapa terlantar sakit

59
SHARE

TANJONG DAWAI, 4 JULAI 2022 – Ketika rakan seusianya sedang bergelut memulakan kehidupan di alam pekerjaan, namun seorang anak gadis di Kampung Nelayan, Tanjung Dawai nekad berhenti kerja demi menguruskan ibu bapa yang terlantar sakit.

Bapanya, Mohd. Rashid Yaacob, 53, menghidap angin ahmar manakala ibunya, Che Yum Awang, 53, pula terlantar akibat kencing manis yang kritikal.

Sebagai tanda keprihatinan, ADUN Tg. Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali menziarahi mereka sekeluarga serta menyampaikan sumbangan berupa Beras Sejahtera, barangan dapur, & wang tunai daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat.