Home Berita PAS Sabah

Bangunkan ummah dengan ilmu bekalan akhirat

68
SHARE

 

Oleh: Fadilah Nordin
04 Julai 2022

KOTA KINABALU: Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Sepanggar (MAT DMPKS) kali ke-10 telah berlangsung di Pejabat Perhubungan PAS Sabah, semalam.

Yang Dipertua PAS Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan dalam ucapan perasmian menyatakan, DMPKS sudah masuk tahun ke 10 sejak ditubuhkan, walaupun secara relatifnya, tempoh ini masih singkat tetapi pelbagai program keilmuan, kebajikan dan kemanusiaan telah dijalankan di sekitar parlimen Sepanggar.

“Program kebajikan dan keilmuan ini perlu diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini kerana antara peranan parti politik selain kerja-kerja kebajikan, bangunkan umat ini dengan ilmu khususnya bekalan kita di hadapan Allah nanti,” ujar beliau.

 

Ketua Muslimat DMPKS, Ummu Ahnaf Abu pula berkata, semua ahli di semua peringkat haruslah memainkan peranan masing-masing.

“Ukhuwah dalam jemaah mesti dirapatkan untuk kelangsungan gerak kerja dan dijauhkan daripada prasangka sesama ahli. Ikhlaskan hati, lapangkan dada dan tingkatkan amalan kepada Allah SWT,” katanya lagi.

 

Antara anugerah yang disampaikan dalam MAT DMPKS adalah Anugerah Muslimat Muda Harapan yang disandang oleh Hasima Abu Nawas, Anugerah Ikon Dakwah kepada Ustazah Siti Khadijatul Akmar dan Anugerah Khas kepada Ummu Amirah Ali.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Afiq Nordin.