Khidmat Malaysia perlu sediakan SOP hadapi bencana
Oleh: MUHAMMAD IQBAL KEMAMAN, 4 JUN – Sukarelawan Khidmat Malaysia perlu dimahirkan dengan latihan pengurusan bencana banjir agar operasi bantuan dilakukan dengan cekap dan berkesan. “Bencana hari ini kerap berlaku tidak spesifik kepada beberapa negeri seperti kebiasaan dahulu tetapi kini berlaku tanpa mengira tempat bahkan di Kuala Lumpur juga terjadi banyak kali,” ujar Ustaz Mohd Rosli Azmi, ahli jawatankuasa Khidmat Malaysia...
Ekonomi | Al-Itqan Barbershop – Pemuda Paya Besar terus melangkah
Oleh: ZULKIFLI MOHAMAD PAYA BESAR, 4 Jun :: Setelah cemerlang dalam aspek kebajikan melalui Jabatan Amal dan aspek pendidikan melalui PASTI dan SRITI, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Paya Besar terus mengorak langkah bersama masyarakat dalam aspek ekonomi pula. Pembukaan pernigaan kedai gunting rambut dengan jenama Al-Itqan Barbershop adalah usaha DPPKPB untuk bersama komuniti setempat terutamanya anak-anak muda dalam mendepani cabaran...
Penduduk pulau hargai sumbangan wakaf al-Quran
Oleh: Salmiah Ismail 3 Jun 2022 BATU SAPI : PAS Kawasan Batu Sapi telah menyampaikan sumbangan 100 naskah al-Quran wakaf kepada masyarakat di pulau sekitar Batu Sapi, semalam. Salah seorang penerima, Azizul Apa, mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS atas keprihatinan dan kesudian menyampaikan wakaf al-Quran ke kampung mereka. “Kami berharap dengan pemberian al-Quran ini lebih mudahkan penduduk kampung belajar serta membaca al-Quran. “Kami...
Mantapkan pengurusan bencana lebih berkesan
Oleh: MUHAMMAD IQBAL KEMAMAN, 3 Jun – Pengurusan untuk operasi bencana perlu dimantapkan agar tidak berlaku pembaziran tenaga, sumber dan kos dalam menguruskan sesuatu operasi bantuan bencana. Shaifuddin Rosli, ahli jawatankuasa Khidmat Malaysia Negeri Kedah berkata antara pembaziran sumber yang berlaku ialah pertindihan tugasan antara agensi kerajaan, NGO dan Khidmat Malaysia sendiri. “Kita perlu kenalpasti apa jenis perkhidmatan yang mampu Khidmat Malaysia...
Muslimat Teluk Intan kenang jasa guru
Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor TELUK INTAN, Lajnah Pendidikan Muslimat Teluk Intan menghargai jasa guru dengan mengunjungi beberapa buah sekolah berhampiran sempena Sambutan Hari Guru Mei lalu. Program yang telah tertangguh beberapa ketika ini, diharap dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dan guru khususnya dengan...
Dilema media
Minda Presiden PAS DILEMA MEDIA Media berperanan besar dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat, sama ada bagi menegakkan kebenaran atau menyebarkan pembohongan, kebatilan dan kesesatan. Termasuklah juga menganjurkan aktiviti kebajikan atau maksiat, sehingga membela penjenayah. Hal ini menjadikan mereka yang terlibat dengan perbuatan yang salah itu dalam dilema, sama ada untuk memilih ganjaran pahala yang besar atau balasan dosa yang besar. Malah, mereka juga...
Rasulullah S.A.W didik umat patuh keputusan mesyuarat – TG Zulkifli Ismail
Oleh IBNU JANIE MASJID TANAH, 2 Jun: Rasulullah S.A.W mendidik umat Islam agar patuh kepada keputusan mesyuarat walau pun ia tidak selaras dengan kehendak peribadi, kata Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail. Menurut beliau, ibrah itu diambil dari sirah sebuah perperangan di mana mesyuarat telah memutuskan untuk berperang di luar Madinah sedangkan baginda sendiri cenderung untuk bertahan...
Naik taraf rumah pengajian al-Quran
KUALA KEDAH – Untuk memastikan generasi akan datang mempelajari ilmu al-Quran dalam suasana kondusif dan selesa, sebuah rumah yang menjadi tumpuan kanak-kanak di Kampung Masjid, dekat Kuala Kedah untuk belajar mengaji terpilih untuk dinaik taraf. Rumah milik Puan Rushanita itu sering dipenuhi dengan kanak-kanak untuk mempelajari al-Quran. Oleh itu, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Abdul Basir Ahmad bersama NGO...
Rumah dihempap pokok akibat ribut
PENDANG - Jabatan Amal Malaysia Cawangan Pendang turun ke Kampung Huma Kubur Panjang bagi membantu pemilik rumah melakukan pemotongan pokok tumbang. Mangsa, Abdul Wahab Ahmad melaporkan rumahnya ditimpa pokok akibat ribut kuat, baru-baru ini. Katanya, pokok tersebut menghempap kawasan dapur dan bilik air. Jabatan Amal yang diketuai oleh Ustaz Saiful Syazwan Shafie datang membantu membersihkan kawasan berkenaan bersama tujuh lagi anggota. Beliau juga...
Risalah Penerangan | Kerosakan di bumi angkara tangan manusia
Firman Allah S.W.T : ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ. Mafhumnya : "Telah zahir (berlaku) kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)". Surah Ar-Rum : 41 Allah S.W.T telah mengutuskan para Rasul dengan...