Home Berita PAS Perak

Kejohanan sukan PASTI amat dinantikan

46
SHARE

Oleh : Hafiz Green Mart

LUMUT, 5 Julai : PASTI Istiqomah, Bt. 7 Lekir telah mengungguli acara bola sepak manakala acara bola jaring pula telah dimenangi PASTI Al-Amin Fasa 2 dalam Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring Peringkat PASTI Kawasan Lumut yang berlangsung pagi, baru-baru ini.

Kejohanan ini telah diadakan di Manjung Indoor Sport Arena (MISA), Seri Manjung di mana pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI tersebut telah muncul johan.

Pengerusi PASTI Lumut, Abd Basir Mohamad berkata, “Alhamdulillah kejohanan ini dapat dilaksanakan setelah dua tahun teetangguh akibat pandemik Covid-19. “

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut, Hj. Rosli Abd Rahman telah menegaskan bahawa PASTI bukan sahaja melahirkan murid yang bijak di dalam kelas bahkan mereka mahir dan cergas ketika aktiviti bersukan di luar kelas membuktikan silibus Kurikulum dan Kokurikulum PASTI merangkumi semua aspek kesyumulan Islam.

Pasukan bola sepak PASTI Al-Furqan, Fasa 3A muncul Naib Juara manakala PASTI Al-Hidayah, Fasa 2A dan PASTI Ar-Raudhah, Fasa 1A menduduki tempat ketiga dan keempat.

Dalam pada itu, PASTI At-Taalim, Manjung merangkul Naib Johan bagi acara bola jaring. PASTI Al-Ilmi Fasa 2J dan PASTI Al-Hidayah, Fasa 2A mendapat tempat ketiga dan keempat.

Selain itu turut diselangi cabutan bertuah kepada para pengunjung terdiri ibubapa serta saudara mara terdekat yang hadir memberi sorakan dan sokongan kepada para pemain.