Home Berita PAS Sabah

Mesyuarat agung medan pupuk ukhuwah dan mantapkan gerak kerja

86
SHARE

Oleh : Faizah Arbain
5 Julai 2022

SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan (DMPKS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-20 bertempat di Pejabat Urusan PAS Kawasan Sandakan, pada Jumaat lepas.

Mesyuarat yang membawa tema ‘Perteguh Muafakat, Memperkukuh Kemenangan’ ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid.

Ketua Muslimat kawasan, Ummu Syifa’ Tasman menyeru agar penggerak muslimat menggembleng tenaga dalam menyusun gerak kerja jemaah dalam memartabatkan Islam.

“Beberapa aspek tindakan perlu ditekankan antaranya pemantapan tarbiyah, mengemaskini pentadbiran dan memantapkan kewangan muslimat,” ujarnya dalam Ucaptama Ketua Muslimat.

Selain itu, dalam ucapan penangguhan, Timbalan Ketua DMPKS, Dr. Nafsah Dulajis menekankan pentingnya kekuatan ukhuwah yang bersandarkan keimanan agar dapat menyuburkan kesatuan dan memantapkan lagi gerak kerja jemaah.

Turut hadir sebagai pemerhati daripada negeri, Ketua Jabatan IT, Dewan Muslimat PAS Sabah, Shima Hussin.