Home Berita PAS Sabah

Perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau

86
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Arifin

Tawau: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah mengadakan perasmian secara serentak di SRI Al Fateh, Taman Ria pada 3 Julai , di sini .

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Tawau, Ustaz Mohamad Nasir Che Ali.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah mengingatkan para perwakilan untuk sentiasa sabar dan mempertingkatkan kualiti kesabaran.

Tambah beliau lagi “setiap ahli sama ada di peringkat kawasan atau cawangan perlu wajibkan diri untuk menghadiri Usrah kerana ia adalah nadi dan pengukuh gerak kerja Islam”

Beliau juga menyeru agar ahli terus laksanakan arahan pimpinan dan bersedia melakukan gerak kerja pilihanraya yang bakal tiba.

Ketua Pemuda, Ustaz Rosli Hasan dalam ucaptama telah menyeru agar mempertingkatkan amalan kepada Allah dan bersiap sedia untuk PRU Ke-15.

Manakala ucaptama ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Tawau Mandin ladale pula berkata “mantapkan Tarbiyyah merakyatkan perjuangan adalah tema mesyuarat agung pada kali ini bagi menyeru kepada semua muslimat agar fokus kepada dua teras utama iaitu pengukuhan dalam jemaah dan hala tuju perjuangan PAS dengan cara mantap kan tarbiyyah dengan ilmu dan komited melahirkan amilin akifi”

“muslimat perlu memainkan peranan sebagai jantung utama dalam gerak kerja Islam ini dan memanfaatkan sebaiknya keberadaan kita dalam kerajaan GRS”

Majlis perasmian itu diakhiri dengan pemberian anugerah cawangan aktif yang dianugerahkan kepada PAS cawangan taman Ria, anugerah Saidatina Aisyah (anugerah lajnah aktif) disandang oleh Lajnah Dakwah , manakala anugerah Saidatina Khadijah diberikan kepada Rosnani semin yang telah berkhidmat sebagai setiausaha DMPKT bermula dari 2011 hingga kini .

Hampir 100 orang ahli berserta perwakilan dari 5 cawangan hadir pada mesyuarat agung tahunan Dewan muslimat PAS kawasan Tawau kali ini.