Home Berita PAS Kedah

Jabatan Amal kerah tenaga bersih rumah penduduk Baling

293
SHARE

BALING – Tindakan pantas Jabatan Amal Kulim Bandar Baharu melakukan kerja membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat bencana kepala air dan banjir yang berlaku di Kupang bermula sejak malam tadi diteruskan pada hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu, air Sungai Kupang melimpah ke kawasan kampung berdekatan selepas hujan lebat berlarutan lebih 3 jam di kawasan terbabit.

Sehubungan itu, Jabatan Amal kawasan Pendang menghantar bantuan bot dalam usaha mencari dan menyelamat pada jam 1.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kampung terbabit terletak berhampiran Sungai Kupang.

Katanya, antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.