Home Berita PAS Sabah

Mantapkan tarbiah dengan ilmu

77
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
5 Julai 2022

LAHAD DATU : Semua pimpinan dan ahli muslimat PAS diseru untuk terus memantapkan tarbiah dengan menambah dan mempertingkatkan ilmu.

Menurut Ketua Muslimat PAS Lahad Datu, Nurmia Habba, kekuatan memerlukan tarbiah maka, amilin perlu menghadiri usrah, liqa’ fikri serta perbincangan yang akan meningkatkan ilmu dan aqidah.

“Dengan ini dapat menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, Dewan Muslimat PAS Lahad Datu, pada Ahad.

Mesyuarat telah diadakan di SRITI Tahfiz Lahad Datu dan dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin.

Nurmia turut menyarankan agar para amilin menyertai Akademi Pengajian Saidatina Aisyah bagi menambah ilmu tarbiah sekaligus menyokong produk Dewan Muslimat PAS.

Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah dihadiri oleh lebih 40 perwakilan dan pemerhati dari tiga cawangan di kawasan Lahad Datu.