Program Penukaran Paip Lama Pakej 1, bermula

video

Bermula Program Penukaran Paip Lama Pakej 1 bagi kawasan terpilih di Jajahan Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai sepanjang 103 kilometer dengan kos RM61.5 juta (pembiayaan PAAB) yang dijangka siap Mac 2024

YMM Raja Perempuan perkenan pamerkan karya lukisan

KOTA BHARU, 8 Ogos: Sejarah terpahat apabila Yang Maha Mulia (YMM) Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Ab Hamid buat pertama kalinya mempamerkan karya lukisan yang dihasilkan oleh baginda sendiri. Di samping itu, baginda turut membuat demonstrasi menu masakan istana dalam Program Demonstrasi Masakan dan Kraf Tradisional yang diadakan di Kampung Kraftangan pada 6 Ogos lalu. YMM Raja Perempuan...

Rencana | Larangan Lompat Parti : Hipokrasi PH di tahap meloyakan

Oleh IBNU JANIE RANG Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan pada 28 Julai 2022. Yang menjadi 'Maharaja Lawak Meganya' ialah tiba-tiba pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) mendakwa bahawa mereka mempelopori perjuangan pindaan undang-undang ini. Seolah-olah selama ini mereka sahaja yang teraniaya dan menjadi mangsa...

Kerajaan negeri berjaya laksana 90 peratus janji manifesto

PASIR PUTEH, 8 Ogos: Sebanyak 90 peratus janji-janji yang terkandung dalam manifesto yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lepas, telah berjaya ditunaikan dengan baik dan sempurna, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, YB Wan Roslan Wan Hamat. Bagaimanapun, hanya 10 peratus sahaja lagi yang belum dilaksanakan iaitu Bazar Emas di bawah segmen pembangunan belia bermaruah. “Pada kempen...

Tok Bali sebagai pusat pertumbuhan baharu

video

Tok Bali sebagai pusat pertumbuhan baharu sasar nilai pelaburan sebanyak RM2.3 bilion. Sebahagian projek telahpun berjalan.

JKR dijangka naik taraf laluan lalu lintas SRITI di Rompin

Oleh IDAYU HASHIM ROMPIN, 10 Ogos : Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin telah mengunjungi dua buah Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) di sini pagi tadi sebagai langkah awal untuk membuat tindakan menaik taraf laluan lalu lintas di sekolah-sekolah tersebut. Dua SRITI itu ialah SRITI Darul Ummah, Kampung Mentara dan SRITI Al-Aziz, Kampung Sepakat. Juruteknik JKR Daerah Rompin, Kamal Bahari telah menyemak...

Rencana | Apabila wala’ kita diuji…

Oleh IBNU JANIE TANGGUNGJAWAB kita sebagai ahli PAS adalah untuk wala' terhadap keputusan-keputusan yang dibuat pimpinan parti selagi mereka tidak menyuruh kita melanggar hukum Islam. Semasa berlaku peristiwa hitam perpecahan dalam PAS sekitar tahun 2015 dahulu kerana keputusan pucuk pimpinan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sehingga lahirnya PAN, prinsip wala' menjadi ejekan terhadap golongan yang istiqamah dengan PAS pada ketika itu. Perkara ini...

Ribut Tanjung Bidara | Beberapa minit sahaja, separuh bumbung terbang

Oleh IBNU JANIE MASJID TANAH, 10 Ogos: Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja puting beliung menerbangkan separuh daripada bumbung rumah seorang penduduk Kampung Ayer Hitam Darat, Zainudin Salim, 54. Beliau yang menetap di rumah yang dibina atas tanah pusaka bersebelahan Masjid Ayer Hitam Darat itu bersama keluarganya menceritakan kepada WARM-Berita PAS tentang kejadian ribut yang berlaku pagi tadi. "Mula-mula hujan sekitar pukul...

Hijrah: Petunjuk politik perpaduan umat daripada Al-Quran

Minda Presiden PAS HIJRAH: PETUNJUK POLITIK PERPADUAN UMAT DARIPADA AL-QURAN  Firman Allah SWT: ﴿ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ١﴾ “Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), al-Kitab (al-Quran) dan Dia tidak mengadakan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).” (Surah al-Kahf: 1) Pelantikan Rasulullah Muhammad SAW menjadi rasul akhir zaman bersama wahyu mukjizat al-Quran kepada seluruh manusia adalah...

Prihatin nasib balu pemandu jengkaut

JITRA – Seorang pemandu jengkaut meninggal dunia selepas terlibat dalam satu tragedi tanah runtuh di kawasan tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak Bukit Pinang pada 30 Julai 2022, bulan lalu. Mangsa, Allahyarham Mohd Nasir meninggalkan seorang balu Puan Zaleha Che Soh dan 6 orang  anak berusia 4 bulan sehingga 18 tahun. Nasib yang menimpa Puan Zaleha mendapat perhatian Yang Dipertua PAS...