Home Berita PAS Pahang

JKR dijangka naik taraf laluan lalu lintas SRITI di Rompin

119
SHARE

Oleh IDAYU HASHIM

ROMPIN, 10 Ogos : Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin telah mengunjungi dua buah Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) di sini pagi tadi sebagai langkah awal untuk membuat tindakan menaik taraf laluan lalu lintas di sekolah-sekolah tersebut.

Dua SRITI itu ialah SRITI Darul Ummah, Kampung Mentara dan SRITI Al-Aziz, Kampung Sepakat.

Juruteknik JKR Daerah Rompin, Kamal Bahari telah menyemak tahap keselamatan lalu lintas yang menjadi laluan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang berulang alik ke dua SRITI tersebut dan mendapati ia perlu diambil perhatian.

Kunjungan beliau disambut oleh Pengerusi SRITI Rompin, Aziz Abdul Hamid dan Ketua Khidmat Malaysia Tioman, Jabar Ismail.

Sementara itu, Pengarah Khidmat Malaysia Daerah Rompin, Md Yunus Ramli berkata tindakan ini merupakan satu langkah yang terbaik dan berharap agar proses perlaksanaannya kelak berjalan lancar hingga selesai apa yang telah dimulakan.