Home Melaka

Rencana | Larangan Lompat Parti : Hipokrasi PH di tahap meloyakan

95
SHARE

Oleh IBNU JANIE

RANG Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan pada 28 Julai 2022.

Yang menjadi ‘Maharaja Lawak Meganya’ ialah tiba-tiba pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) mendakwa bahawa mereka mempelopori perjuangan pindaan undang-undang ini.

Seolah-olah selama ini mereka sahaja yang teraniaya dan menjadi mangsa aktiviti lompat parti tetapi mereka tidak pernah melakukan perkara yang sama terhadap pihak lain. Seolah-olah mereka benci sangat dengan aktiviti lompat parti ni. Penulis rasa nak muntah pun ada! Mungkin mereka nyanyuk, jadi penulis akan ingatkan mereka.

Pada 4 Oktober 2021, Pengerusi PH dan PAN Melaka, Adly Zahari yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil mewakili 11 ADUN PH, membuat sidang media mengumumkan untuk memohon mengadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka untuk membentuk kerajaan baharu bersama dengan empat orang lagi ADUN kerajaan yang melompat parti diketuai ADUN Sungai Udang ketika itu, Datuk Seri Idris Haron. Daripada empat ADUN kerajaan yang melompat itu dua daripadanya adalah dari BN.

Walau pun ketika kerajaan beliau dijatuhkan pada Mac 2020 beliau cuba membubarkan DUN untuk menyerahkan mandat kepada rakyat, namun pada 6 Oktober 2021 dalam satu sidang media Adly mempertikaikan tindakan Ketua Menteri Melaka ketika itu untuk membubarkan DUN.

 

Adly kecewa kerana gagal membentuk kerajaan bersama-sama dengan dua ADUN BN yang melompat itu. Adly malah kemudiannya mencabar pembubaran DUN itu di mahkamah. Namun pada 10 November 2021 Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman tersebut.

Memanglah kerajaan PH Melaka selepas PRU-14 pun jatuh kerana ada ADUN PH lompat parti untuk menyokong BN. Tapi peristiwa lompat pada Oktober 2021 itu bukanlah ADUN-ADUN PH yang melompat dahulu kembali semula kepada PH, tetapi dua ADUN BN yang melompat kepada PH.

Itu yang terbaru aktiviti berkaitan lompat parti melibatkan PH. Cuba kita undur ke belakang lagi saat-saat indah ketika PH baru sahaja memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Kita lihat dosa-dosa PH berkaitan aktiviti lompat parti ini.

Sebaik keputusan PRU-14 untuk Negeri Sabah diumumkan pada masa itu kedudukan kerusi di DUN Sabah ialah BN 29 kerusi, Warisan-PH 29 kerusi, sementara STAR 2 kerusi. Mulanya BN telah berjaya membentuk kerajaan dengan membuat pakatan dengan STAR yang dipimpin oleh Dr Jeffrey Kitingan.

Pada 11 Mei 2018, enam Adun BN pula melompat parti menyertai Warisan-PH membolehkan Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak bertarikh 8 Ogos 2022

 

Lucu yang amat apabila Shafie Apdal dalam satu program dialog pada 28 Julai baru-baru menyatakan bahawa beliau adalah antara mangsa wakil rakyat lompat parti! ‘Play victim’!

Sementara itu di dalam DUN Perak selepas PRU-14 pula asalnya PH memiliki 29 kerusi, BN 27 kerusi, sementara PAS tiga kerusi. Tidak ada satu parti pun yang memperolehi majoriti mudah 30 kerusi. Namun PH membentuk kerajaan dengan sokongan dua orang Adun BN yang melompat parti.

Begitu juga Kedah. Sebaik sahaja keputusan PRU14 diumumkan kedudukan kerusi di dalam DUN Kedah ialah PH 18 kerusi, PAS 15 kerusi sementara BN tiga kerusi.

Dengan itu tiada mana-mana parti politik pun yang dapat membentuk kerajaan yang memerlukan 19 kerusi. Akhirnya kerajaan PH Kedah dibentuk dengan seorang Adun BN yang melompat parti.

 

Tiba-tiba pemimpin PH mendakwa merekalah juara perjuang Undang-undang Anti Lompat Parti dan menyindir BN dan Perikatan Nasional yang terlibat dalam Langkah Sheraton. Tetapi sejarah kesalahan mereka dalam hal lompat parti ini sedikit pun mereka tak nampak.

Jika BN, Perikatan Nasional dan PH sama-sama ada melakukannya, apa yang perlu PH lakukan ialah ‘buat biasa-biasa’ sahaja sudahlah. Tak perlu meraikan seperti mereka sahaja yang memperjuangkannya.

Lebih memalukan lagi semasa 22 bulan PH menjadi kerajaan dahulu pun mereka gagal melakukan pindaan yang kononnya perjuangan mereka ini. Yang berjaya merealisasikannya sebenarnya Perikatan Nasional. PH ini sangat memalukan!

Penulis adalah Ketua Editor Pusat dan Ketua Editor Negeri Melaka bagi Portal Berita PAS.

 

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH