Home Berita PAS Kedah

Prihatin nasib balu pemandu jengkaut

245
SHARE

JITRA – Seorang pemandu jengkaut meninggal dunia selepas terlibat dalam satu tragedi tanah runtuh di kawasan tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak Bukit Pinang pada 30 Julai 2022, bulan lalu.

Mangsa, Allahyarham Mohd Nasir meninggalkan seorang balu Puan Zaleha Che Soh dan 6 orang  anak berusia 4 bulan sehingga 18 tahun.

Nasib yang menimpa Puan Zaleha mendapat perhatian Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Osman.

Ustaz Zulhazmi Osma menyampaikan sumbangan Barangan Elektrik berupa Peti Sejuk, Mesin Basuh dan Periuk Elektrik hasil sumbangan Pengasas Rangkaian Perniagaan Amer Ameera, Saudara Zulkarnain Ibrahim di kediaman beliau di Kampung Wang Tepus pagi semalam.

Turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada balu Allahyarham Mohd Nasir, Wakil dari Kumpulan Badan Bertindak Prihatin yang berpusat di Bandar Kulim Encik Wan Muhammad Khaleed dan saudara Suhaimi Ismail.

Selain itu, Dealer-dealer Stesen Minyak PETRONAS turun padang  dihari yang sama turut menghulur simpati dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga malang ini.

Sesungguhnya apa yang diperolehi tidak dapat menghalang tumpahan air mata dan mengubah kesedihan yang mereka tanggungi tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kehidupan yang mereka lalui.