Home Berita PAS Melaka

Ribut Tanjung Bidara | Beberapa minit sahaja, separuh bumbung terbang

172
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 10 Ogos: Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja puting beliung menerbangkan separuh daripada bumbung rumah seorang penduduk Kampung Ayer Hitam Darat, Zainudin Salim, 54.

Beliau yang menetap di rumah yang dibina atas tanah pusaka bersebelahan Masjid Ayer Hitam Darat itu bersama keluarganya menceritakan kepada WARM-Berita PAS tentang kejadian ribut yang berlaku pagi tadi.

“Mula-mula hujan sekitar pukul 10 pagi. Mula-mula angin sampai. Lepas tu hujan sampai. Saya tengok bumbung bengkel saya buat kerja tu dah melantun-lantun. Saya pun kemas barang. Saya dengar macam benda patah. Lepas tu ‘semua terbang’.

Zainudin Salim, 54.

“Angin tu datang dalam hujan, berlaku dalam seminit ke dua minit sahaja. Angin tu datang sekali imbas saja. Tapi kakak saya duduk depan (rumah berhampiran) tu dia nampak angin tu datang.

“Angin tu berputar macam puting beliung. Kakak saya masa tu duduk dekat beranda. Dia nampak (puting beliung), dia lari masuk. Dia takut zink terbang,” jelas beliau.

Menurut Zainudin, semenjak 30 tahun menetap di situ bersama keluarganya, ini adalah kali pertama beliau berdepan situasi itu.

Separuh daripada bumbung rumah Zainudin diterbangkan angin

Tambahnya lagi, mereka turut berdepan detik cemas apabila wayar-wayar elektrik di dalam rumahnya tertanggal dan jatuh ke bawah akibat struktur yang rosak diterbangkan ribut.

“Mujur ada seorang bayi yang kami jaga selamat. Bimbang juga kalau-kalau berlaku apa-apa renjatan elektrik sebab buaian bayi itu guna elektrik,” katanya.

Tambahnya lagi pihak berkuasa ada meminta mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) namun beliau memilih untuk tinggal di rumahnya itu di bahagian yang selamat kerana bimbang kemungkinan jangkitan penyakit yang mungkin boleh berlaku di lokasi penempatan itu.

Beliau berkata demikian kepada WARM-Berita PAS ketika ditemubual semasa lawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya DUN (JPRD) PAS Tanjung Bidara, Cikgu Aziah Mohd Sa’ad ke lokasi kejadian.

Ustaz Imran turut menyerahkan sedikit sumbangan wang tunai melibatkan 10 buah rumah terlibat bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa selain tanda simpati dan bersedih atas kejadian yang berlaku.

Menurut sumber daripada pihak berkuasa, dalam kejadian ribut yang berlaku pagi tadi hampir 60 buah rumah terjejas melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Pasir Gembur, Kampung Ayer Hitam Darat dan Kampung Ayer Hitam Pantai dengan sebahagian besar rumah terjejas ialah di Kampung Pasir Gembur.

Ustaz Imran (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung yang menjadi mangsa ribut.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH