Ameerah Mengupas isu keganasan rumah tangga

PERMATANG PAUH: Ameerah Kawasan Permatang Pauh telah meneruskan kelangsungan program Ameerah Mengupas di mana kali ini membawakan tajuk "Rencah Rumah Tangga" di Dewan Seminar 1, Masjid Seberang Jaya, di sini kelmarin dahulu Turut hadir Ketua Muslimat PAS Permatang Pauh, Ustazah Norhapiza Saad serta Timbalan Pengarah Ameerah Negeri Pulau Pinang, Nabihah Fauzi untuk slot pengenalan Ameerah Malaysia kepada peserta. Objektif program ialah...

PAS Permatang Pauh santuni veteran ATM

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh telah menganjurkan program Sambutan Kemerdekaan dengan mengundang Persatuan Kebajikan Ex-Gurkha di Dewan Haji Zabidi Kampung Pertama, di sini kelmarin. Ahli-ahli persatuan tersebut terdiri daripada Veteran Angkatan Tentera Rejimen Askar Melayu Di Raja dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pernah berjuang mempertahankan keamanan dan kedaulatan. Penasihat Kebajikan Veteran 4 RAMD, Kapt (B) Zamri Ibrahim yang juga...

Quran Hour Merdeka satukan Muslimat-Wanita

PERMATANG PAUH: Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh turut mengambil bahagian dalam penganjuran Malaysia Quran Hour bertempat di Masjid Batu, di sini kelmarin dahulu. Ia merupakan program interaksi dengan al-Quran yang dijalankan secara serentak di seluruh negara bersempena Hari Kebangsaan Ke-62 di mana terdahulu dilancarkan di peringkat dunia sejak beberapa tahun lalu. Bertema "Meng-Qurankan Bangsa,...

ARC Balik Pulau dekati anak muda malam Merdeka

BALIK PULAU: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) melalui Alternative Riding Club(ARC) Kawasan Balik Pulau telah menganjurkan Program Ambang Merdeka 2019 di Anjung Indah, di sini kelmarin dahulu. Antara yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim dan Naqib ARC Pulau Pinang, Ustaz Hambali Zulkefli serta ramai lagi. Ketua Pemuda PAS Balik Pulau, Fahmi...

Murid berarak keliling kampung sambut merdeka

PERMATANG PAUH: PASTI Bahrul Ulum telah mengadakan aktiviti perarakan mengibar Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-62 dalam kalangan muridnya di Kampung Mengkuang Titi, di sini hari Rabu lepas. Perarakan ini adalah sebagai merai dan menyemarakkan hari ulangtahun kemerdekaan disamping memupuk rasa cinta kepada negara, selain memperkenalkan pelajar PASTI kepada masyarakat sekitar. Seramai 120 murid telah dibawa berjalan beramai-ramai bersama tujuh...

Hormat Jalur Gemilang bukti cintakan negara

BALIK PULAU: Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-62, PAS Cawangan Teluk Kumbar mengambil inisiatif mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai di Markas Tarbiyah PAS Teluk Kumbar, di sini hari Rabu lepas. Turut serta dalam aktiviti ini ialah Ahli Jawatankuasa PAS Balik Pulau, Azmi Saad dan juga Abdul Razak Mansor sebagai menyahut seruan untuk menyemarakkan kibaran bendera negara ini. Katanya, Presiden PAS menyeru supaya...

Perlawanan bola tampar eratkan hubungan PAS dan masyarakat

Oleh : Muhammad Salman Darwis 01 September 2019 SANDAKAN : PAS Kawasan Libaran dengan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Zulkifli Muhamad turun ke Kampung Kuala Gum - Gum, Batu 12 untuk bersama - sama dengan penduduk setempat dalam program PAS Bersama Rakyat semalam. Program yang diajurkan oleh Lajnah Penerangan, IT dan Media Baru itu dimulakan dengan pertandingan bola tampar yang melibatkan...

MGP Tawau Hulur Bantuan

Oleh : Nur Marlyannah Umar 02 September 2019 TAWAU : Nasib 9 murid PASTI Nurul Iman 2, Tg Batu Darat di Kampung Otentik di sini, yang kehilangan rumah dalam kebakaran selasa lalu mendapat perhatian Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau (MGPKT) dengan diberikan sumbangan. Sumbangan disampaikan oleh Ketua MGPKT, Puan Hasni Abd Latif. Puan Hasni Abd Latif berkata, sumbangan berkenaan adalah satu daripada tanggungjawab...

SPRM : Siasat Pimpinan PH, Jangan Double Standart

Kenyataan Media PAS Kedah SPRM : Siasat Pimpinan PH, Jangan Double Standart 1. PAS Kedah meneliti secara dekat tuduhan Sarawak Report terhadap penglibatan DS Mukhriz Mahathir dalam isu penganugerahan tanah di Sarawak tahun 1994. Walaupun ianya dilihat sebagai usaha jatuh menjatuh dalam PH sendiri, sebenarnya ia mainan politik tidak sihat. 2. PAS pernah ada pengalaman dengan fitnah yang dimainkan oleh Sarawak Report...

Hormati Pilihan Pengguna Muslim

KENYATAAN MEDIA HORMATI PILIHAN PENGGUNA MUSLIM Parti Islam Se-Malaysia meminta Menteri Kewangan berhenti memainkan sentimen perkauman sempit dan menghormati pilihan bebas pengguna Muslim. Kempen utamakan produk Muslim adalah kesedaran awal para pengguna Muslim untuk memilih produk yang halal, baik dan diusahakan oleh orang Islam. Setakat hari ini, tidak ada satu kempen boikot produk bukan Islam yang dilancarkan oleh PAS. Setiap pengguna mempunyai...