Home Artikel PAS Sabah

PAS Tawau serah sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran

260
SHARE

21 OKTOBER 2019
MOHD FAHMI RAMDHAN

TAWAU : PAS Kawasan Tawau telah menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran rumah , di Kampung Tg batu Laut di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku pada Sabtu , 19 haribulan itu telah memusnahkan sebuah rumah kayu.

Sumbangan berbentuk wang itu disampaikankan oleh ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap YDP PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain.

“Saya mewakili PAS Tawau mengucapkan takziah di atas musibah yang telah menimpa¬† keluarga saudara Tamrin .

” Dan saya berharap agar masyarakat Tawau turut turun membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau,” ujarnya ketika dihubungi.